Sunday, 30 October 2016

Pentingnya Motivational Quote



Sebagai manusia yang seringkali lupa dan alpa, kita tak lari dari rasa malas dan emotional break down.

So am I. Bukanlah seorang yang motivational-nya tinggi, malah selalu lupa tujuan buat sesuatu tu.

Sesapa yang sejenis dengan sis kita geng! haha

Tapi, hidup ni kalau selamanya dituruti rasa malas tu tak ke mana weh! -.-'

Kau nak ke orang lain dah capai macam2 kau masih lagi di takuk yang lama. haishhh sendu~

Sis dikelilingi orang2 yang rajin, kuat study, result pon not bad (based on hard work depa) tapi sis tak pulak jadi macam depa.

Betoilah kata orang, nak berubah, kena atas diri sendiri jugak. Tak kisahlah kena lempaq dalam hutan sekalipon tapi kalau diri sendiri takmau ubah, tak kemanalah ceqita dia.

Pentingnya motivational quote ni apabila orang2 yg selalu takda semangat belajar, bila tengok motivational quote ni rasa semangat sikit ye dok.

Nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Nak berjaya kan? Usaha la to keep up the motivation high.

Contoh: boleh tulis kat sticky note quote2 yang rasa sangat inspire, bila nampak ja, terus rasa semangat! acewahhhh

Tak pon, boleh print out cari dekat google ayat2 yang power.

Biaq penuh dinding dengan quote2 pon takpa aih! hahaha >.<

Pengalaman sis sendiri, pernah ternampak ayat motivasi dari Azizan Osman yg ayat dia lebih kurang macam ni

Kalau kita nak capai sesuatu yang BELUM PERNAH kita capai,
Kita KENA lakukan sesuatu yang belum pernah kita lakukan! 
Taktau la kenapa tapi asyik teringat2 ayat ni then terus serach tapi tak jumpa, yg sis jumpa English version punya. maybe dia translate kot, tu yang hanya jumpa English version.


So alang2 ni, sis nak sertakan sekali quotes lain yang boleh bagi inspiration kat hampa semua :)








Last but not least, motivational quote paling berkesan takda lain, janji Allah sendiri. huhu. 



So what do you guys think regarding motivational quotes ni? Berkesan dak kat hampa semua?

hehe before sis pen off, nak share satu pic yang memang sentap habissss.hahahah




p/s: Quotes kat atas mostly sis download from Quote Fancy