Wednesday, 1 June 2016

PAY NOW, or PAY LATER?



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t.

Lama tak update blog. Last update februari, Tu pon share story yg worth reading.
Dan setiap kali rasa nak update blog, setiap kali tu musim exam, sis pon tak paham kenapa.
haha.

Yea, UIA start sem awal so lagi 5 hari last paper. Namun begitu, ramai yg dah balik kampung pon, tinggallah insan terpilih yg paper lastnye adalah last day exam, termasuk sis. :/

Now, now,

Nak cerita pasal pay now or pay later?

Mesti ramai yg ingat pasal hutang duit kan?
Tapi sis taknak kongsi pasal hutang duit, sis nak cerita pasal hutang budi.

WOW, hutang budiiiiiii.

Tak sure kalau kita boleh panggil hutang budi pon. macam tak sesuai.

'Pay' nye dekat sini me'refer' kepada balas jasa mak ayah.

Segala jasa yang mak ayah buat untuk anaknya.
Yea itu memang amanah dr Allah, jadi kenalah mak ayah laksanakan, tapi come on laa, sebagai anak takkan kita tak pernah nak balas jasa mereka kan?

Kenapa 'now' or 'later'?

Pernah dengar ayat ni,

"Hmm bila dah kerja nanti aku nak balas balik semua jasa mak ayah aku"

Sounds familiar?

OF COURSE!

Tapi, pernah tak terfikir, kalau kita tak sempat buat semua tu?

I mean, sama ada malaikat maut jemput kita dulu or mereka pergi dulu?

U know, this life is uncertain.

Memang! Memang kita kena balas jasa mereka bila kita dah kerja nanti.

But for me, kita kena start dari sekarang laaaa.

Sebab taknak kita menyesal.

Mungkin kita taktahu nak balas apa, kita takda duit nak belanja mereka makan mewah kat hotel. Bagi hadiah hebat-hebat.
I personally think, dengan berbuat baik, tolong mereka, ringankan beban mereka, hulur duit sikit even tak seberapa, dan apa lagi yang kita mampu, dah cukup untuk balas jasa mereka sikit-sikit.

Don't get me wrong.

Bukanlah sis menyatakan niat untuk balas nanti tu salah, but who knows our life ends tonight?
Dan semua benda yang kita nak balas nanti tu meaningless weh MEANINGLESS.

Lagi sedih kalau hmmm mereka yang Allah tarik dulu, menyesal tak sudah tak sempat mintak maaf, tak sempat berbakti, tak sempat peluk, tak sempat tenung puas-puas. hmmm 

Menyesal kan?

Alhamdulillah masih ada mak ayah.
Yang tak ada, hanya boleh jadi anak soleh doakan mak ayah so dapat lah mereka pahala dr anak-anak.


Mak selalu sungguh-sungguh doakan anak-anaknya, tapi anak-anak tak pernah betul-betul doakan mereka.

Sis admit, setiap kali nak berpisah naik bas, mesti speechless bila salam dengan mak.
You know, bila cuti panjang je kita ni balik rumah, so disebabkan jarang-jarang balik rumah mak selalu lah buat itu ini walaupun dia penat.

I always want to say more to her, nak cakap "ceq sayang mak, jaga diri, sihat selalu, moga terus kuat, maafkan salah silap ceq" and many more...

Even sepatah terima kasih pon tak boleh nak cakap, if not, I'll burst into tears.
Sis hanya mampu doa dalam hati.

Okay, cerita dekat sini pon nak nangis jugak. haha fragile betul.

Apapun, this kind of thing is something to ponder.

Moga sis kuat nak cakap semua tu.

Moga kita semua sempat balas jasa mereka and start from now on lah.
Before it too late.

Moga Allah lindungi kita dan insan-insan yang kita sayang.

Moga dalam rahmat Allah.

Allahumma amin.

Wassalam. ^_^



No comments: