Tuesday, 23 February 2016

Tetamu yg Mengejutkan Semua Orang


Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. 
Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. 
Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. 
Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 
Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. 
Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al-Quran tak bersentuh, masjid tak jejak. Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet: “Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat.” Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, “Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat.” Teruskan dengar pula lagu Mr. Saxobeat, online lagi. Main game. Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu. Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al-Quran? Ala nanti-nanti boleh. Malaikat maut menjengah lagi. Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu? Malaikat maut ziarah lagi. Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je. Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu. “Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*” Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ahh sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni. “Nak apa?” Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni. “Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan.” Tergamam. Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana. Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. tepuk dahi Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni. Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik. Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi…. semuanya dah terlambat. Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Kredit pd penulis

<terbaca post ni dekat komen nasyid Kehidupan - In Team, by Hamba Khaliq>

Sentap tersangatlah sentapppp. kalau tak sentap, mohon cek balik hati kita.
Tetamu yg akan datang bila2 masa sahaja, tak kira siapa, dimana.

Moga hidup kita diakhiri dgn husnul khotimah. Allahumma Ameen.





#fastabiqulkhairat
#mariamalkansunnah


Sunday, 21 February 2016

Tips untuk Sembuhkan Selesema.


Dah lama nak share tip sembuhkan selesema ni, tapi asyik terlupa jaa.

Tip ni SANGAT mudah, PALING mudah, dan paling penting, JIMAT!!

Kenapa paling mudah dan jimat? Sebab tip ni hanya guna air jeee.

Alhamdulillah, bila I hv flu, selalu gak la buat tip ni, in shaa Allah lega.

Tip ni selalu kita amalkan 5 kali sehari bila ambik wudhu', cumanya caranya betul ke tak itulah yg membezakan keberkesanan dia.

Selepas berkumur, apa yg kita buat?
Basuh hidung kan?
Tapi basuh macam mana tu cik kak?
Basuh sekadar menyentuh air ke hidung atau macam mana?

Selalu bila tengok orang basuh hidung mesti tengok dia hanya sentuh air kt hidung je, tapi sebenarnya cara tu salah.

Yang sebenar2nya, mengikut Rasulullah s.a.w., cara baginda ialah menghirup air ke dalam hidung lalu menyemburkan air ke luar.

Yaa, mostly bila I told them this is the right way dorang akan cakap "takmau lah, pedih hidung"

Pedih memang pedih tapi bukanlah sedut air tu sampai tak keluar dah air tu.
Berpadalah, biar rasa pedih sikit pon dah okay.

Trust me, cara ni berkesan!
cuma kena tahanlah sikit pedih dan jugak amalkanlah selalu sebab baik jugak untuk resdung.
Lagi, nama jugak sunnah Rasulullah kan, pahala pon dapat. ;)

Bila selesema, buatlah cara ni beberapa kali.
Kadang2, sekali buat dah lega, Alhamdulillah.
Kadang2 banyak kali buat baru sembuh.
Apa2pun, yg memberi sakit dan menyembuh tu kan Allah s.w.t.
Kita hanya mampu berusaha dan ikhtiar kan.

Tip ni memang berkesan pd I that's why I thought of updating in this blog.

Back then, waktu bulan puasa dan tengah part time masa tu, selesema teruk betoii.
Memang rasa lemah lah, plus, takda mood lah nak layan customer sebab hidung tak selesa kan.
Teruknya selesema sampai habis lah tisu tempat keja dekat den. hehe
Then, lepas berbuka, masa ambik wudhu', baru teringat yg cara ni boleh sembuhkan selesema. Apalagi, terus buatlah kan. Dan Alhamdulillah, sembuh weyh!
Leganyaa rasaaaa. bahaha :P

So I wish this way effective to uolls jugak laaa. Amin!

Tak percaya? okay, cer korang try!

Allahumma solli 'ala Muhammad.

#marihidupkansunnah ^_^