Wednesday, 6 January 2016

Menuntut Ilmu Kerana Apakah?


It's been a long time.

Lama akak cuti update blog yea. hew hew

Sibuk diknon. plus, macam2 jadi dalam sekelip mata, penamat 2015.

Kalau sempat, nanti lah akak story serba sikit. *_^
*bahasa diri akak ni rasa dah tua sangat la tuuu. haha

Ohh, btw, rasanya tak terlambat lagi nak wish "Selamat Tahun Baru", sebab baru 6/366 kan.
dok ada lagi 360 lagi haaaa

Moga tahun ni lebih baik lah dr sebelumnya, belajar dr kesilapan, tak kiralah betapa banyak kau diuji, moga Allah bg kau kekuatan.

Bak kata lawak yg agak lame, "belajar tahun lepas, exam tahun ni beb" or "exam dr tahun lepas sampai tahun ni pon tak habis lagi" haha lame kan? lol :P

Cerita dia bila musim exam ni, sama lah jugak musim CAM(carry mark) keluar.

Yang dapat tinggi tu tahniah lah, yang tak berapa nak cemerlang tu, hmmmm

Honestly, sem ni aku tak berapa nak perform sangat, carry mark semua paras biasa (tapi Alhamdulillah okay2 je). Kalau sebelum ni tu, ada lah jugak subject yg macam score. tapiii...

Mula2, jujurlah, kecewa sikit. start fikir kenapa mcm ni? sebab aku aktif sangat ke? ke sebab banyak dosa? hmm. okay dedua.

Tapi, bila difikirkan kembali apa tujuan menuntut ilmu, kerana gred kah? atau kerana ilmu kah? atau kerana niat lain?

Pesan seorang lecturer aku, "kalau kamu belajar kerana ilmu tu sendiri dan paling penting, kerana Allah, kamu tak sepatutnya kecewa bila markah tu tak memuaskan."
Kata beliau setelah gred kan kami 3 over 15.

Masa tu, kau bayangkanlah, dapat 3 per 15 weh!! dah la workload dia kemain susah dan banyak. haha

tapi rupanya, beliau sekadar nak uji students jeee. hikhik. lalu, dapat lah kami 14/15.

Main point dia, belajaq kalau sebab gred ni tak kemanalah. Belajaq tapi tak beramal dengan ilmu yg dipelajari.
sebab apa? sebab kalau kita nak kan gred tinggi semata-mata, tak kisahlah kalau 'tuwa' dalam exam pon kan? "Asalkan markah aku tinggi".

Tapi persoalannya, hasil markah kau tinggi, hasil CGPA kau gempak dengar cara yg tak betul, berkat ke bro?

Ramai yg pesan kat aku, time study ni jangan nak meniru kalau exam ka quiz ka, belajaq jadi jujur, biaq lah result tak bagus tegha mana pon asaikan berkat daripada nanti time keja tak berkat,. See?

Time belajaq tak dapat balasan apa2, tapi time keja? Kau tahu2lah kalau hidup tak berkat ni, semua benda tak kena. hmm <nauzubillah>

Okay sambung pasal carry mark. >.<

Disebabkan carry mark aku yg macam gitu, kecewa aku sat ja lah sbb aku sedar kekhilafan aku.

Apa yg penting sekarang ni, sem depan aku kena balance kan between study and society.

Sem ni, bulan 11,2015, every week aku takda kat bilik sebab aku ada program. Dahlah time weekend tulah nak siapkan assignment apa semua. (benda tak jadi masalah kalau seseorang tu pandai manage time, but not me)

Sampailah satu weekend tu, akhirnya aku free, dan minggu nak masuk tu aku kena submit 4 assignments and 1 presentation. nice.

Tapi, langit tak selalu cerah, Khamis tu aku tetiba sakit. Jumaat pegi klinik terus admitted ward. wuaaaaa, seminggu MC.

Segala assignment apa bana semua tertangguh. hmm masa tu Allah ja lah yg tau apa yg berkecamuk dalam hati aku ni, tapi takpa, kuatkan hati cakap ada hikmah dia.

Masa aku dok pikiaq apa lah hikmah Allah nak bagi ni, tetiba Allah ilhamkan aku, aku penah cakap(time aku busy), "haii penatnyaa la hai, tak sempat nak rehat, best ni kalau boleh balik Kedah" and puff, minggu yg free dr aktiviti dan dirancang untuk siapkan assignment tu lah Allah tunaikan apa yg terlintas kt hati sebelum ni. heu heu.

Hikmah lain, tak berapa nampak lagi. Sampai keserabutan aku tu buatkan aku redha apa jua yg Allah nak uji aku termasuk lah keruntuhan carry mark aku. haha. kecewa sekejap kemudian redha. Boleh jadi untuk tebus semua dosa2 aku jugak kan.

Hmm dah lama tak menulis tiba2 panjang yg hamat lah pulak. haha

okay, tinggal lagi 2 papers. lepas tu medical check up lepas tu balik Kedah. Hooray hooray!!!




Apa yang aku mampu doa, walaupun carry mark macam tu, moga result takda yg fail and moga baik2 saja. Banyak benda aku kena belajar dan ubah, antaranya, kerajinan. lol.

Jadi, mari kita sama-sama tajdid niat semula. Jangan salah niat, nanti tak sampai tempat yg nak dituju.

Dan aku harap, ada hikmahnya disebalik apa yg menimpa aku sebelum ni. hmmm.

Okay, pen off. Assalamualaikum. ^_^


No comments: