Saturday, 15 August 2015

"Cermin diri tu dulu sebelum tegur orang"


Assalamu'alaikum semua.

Tajuk entry kali ni sangat selalu disebut-sebut oleh orang sekeliling kita, atau boleh jadi diri kita sendiri.

Selalunya orang akan cakap/balas macamni bila dia kena tegur tentang sesuatu, atau dalam erti kata lain, kau tak boleh terima teguran sebenarnya.

Kisah dia tadi, masa tengah scroll timeline fb nampak video orang menari dekat wedding. Lepas tu, dah jadi tabiat den baca apa orang komen.. hehe.

So banyaklaa yg menegur tentang hal tu, yealah, kan kita orang Islam, mana elok persembahkan tarian macam tu.

Tapi sekarang ni, den nampak kt komen tu ada yg cakap macam ni ......

"sajala tu dengki dgn melayu asyik nak jatuhkan melayu je"<ayat lebih kurang dan dia merujuk pd orang yg komen berbentuk teguran

"Sebelum nak tegur orang tu cermin laa diri sendiri dulu" dsb.

Masalahnya kat sini adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, orang yg menegur tu bukanlah dia tegur sebab melayu, dia tegur sbb kita MUSLIM. Matlamat tak menghalalkan cara kak oi.

Dan lagi satu, balik pada tajuk entry, kalaulah kita nak kena tunggu diri kita perfect alamatnya memang sampai bila pon kita tak boleh nak tegur sesiapa dan kita tak boleh ditegur lah.
Cuma Nabi Muhammad je lah yg boleh tegur kita (dan Allah ofkos).

Tapi tu pon kalau kita RAJIN sangat nak baca hadith2 rasulullah s.a.w. <sentap dgn diri sndiri, lulz>

Kan Allah pon dah pesan kita manusia kena saling ingat memperingati. Sebab kita ni, 'insan' berasal dr perkataan 'nisyan' yakni pelupa.

Kunci moto sendiri pon selalu lupa letak mana inikan pulak bab2 agama ceq oiii.

Fokus kat sini bukanlah hanya pada video menari tadi je, fokus pada semua.
Pada kehidupan seharian kita ni.

Memanglah kadang2 yg tegur kita tu macam hmm kureng sikit. Selagi teguran dia kita boleh terima dan baik untuk kita, ambiklaaa.

Kalau pernah dengar, ada satu quote tntg "Jangan dilihat dari siapa datangnya nasihat tu tapi lihat pada apa yg disampaikan itu"
<I'm not sure tntg the real sentences,sorry tapi maksudnya sama>

 Tapi satu lah, masalah jugak kalau hanya tahu menegur tapi tak nampak salah sendiri. haha

Kita ni manusia, tak lepas dari melakukan kesilapan, hatta diri saya sendiri.
Mungkinlah masa kita ditegur tu kita tak boleh terima dan nak protes, tapi percayalah, lepas pd tu mesti asyik fikir tntg apa yg ditegur. hehe

Cumanya satulah, nak tegur ada cara dia jugak.
Janganlah sampai memalukan orang yg ditegur tu.

Cer bayang kalau kita kena tegur dan dimalukan macam tu, nak ke?
Mesti taknak kannn.. Same goes to other person laaa..

Apa-apapun kita sama-sama manusia biasa. Sama-sama buat silap.
Jadi, jom sama-sama reflect balik okay?

Peace no war.

Footnote: Moga Allah bagi taufiq dan hidayah kepada kita dan keluarga kita. Aminn..

#Maaf deh kalau ayat kasaq atau apa, boleh komen. heee

nak credit tu Meran sikit "Tulis panjang-panjang ni siapa nak baca l****** ?"

Kami Melayu malas membaca, bila kami bodoh kami salahkan cina. Takburr takburrr ! Hidup Melayu ! 


lulzz~~
Credit to Hafiz Hamidun

6 comments:

Nazihah@Jiha said...

yep, tegur biarlah berhemah dan bukan untuk menjatuhkan org :) nice sharing this

Mawar Rindu said...

hmm betul! bila tegur secara berhemah, semua orang boleh terima :D

Aisyah Sukor said...

betul..... tak semestinya kena tunggu diri sempurna baru boleh tegur org. kita sama sama ubah utk jd lebih baik.

saadiah muji said...

Anda atau saudara mara menghidap kanser? Ikuti tips menarik disini Rawatan Awal Kanser

MKhairul Aminuddin said...

betull..takde yang perfect kan :)

Mawar Rindu said...

hmmm setuju :D