Saturday, 19 September 2015

Genap 7 Tahun Bersama




"If you're meant to be together, eventually you'll find your way back." 

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Genap 7 tahun bersama. Bukan senang nak kekalkan hubungan dan sesuatu milik kita selama itu.

Dalam 7 tahun, anything could happen. And surely happened to us too.

Masa mula-mula memiliki dia, memanglah banyak rintangan.
Pantang lepas sikit, mesti ada je tangan cuit dia.
Lepas tu nak ubah-ubah tanda dia. Sakit hati kite. lulzz~

Tapi masa tu kite tak matured lagi, yealah, 7 tahun lepas kite baru Form 2 kottttt >_<

Tapi bukan tu je dugaannya......
Pernah sekali, bawak 'dia' naik bas sekali. Yealah, duk jauh kan, cuti plak lama, tak betah nak berpisah lama-lama. hehe

Kemudian, alkisahnya, saya keluarkan 'dia' dari beg dan letakkan kat poket seat depan saya, sbb beg dok kat kaki masa tuu.
Then bila sampai je Pudu pukul berapa pagi entah, memang terlupa lahh nak ambik kannnn..

Bila dah sampai UIA baru teringat yang saya tinggal 'dia' dalam bas. Meraungg saya! :'(

Habis di'call'nye Cosmic bus sbb saya naik bas tu kan. Lepas tu kena call driver bas, then lepas tu baru taw yg pakcik letakkan 'dia' dekat kaunter. hmm 

LEGA weh. LEGA! Hujung minggu terus celapak gi Pudu ambik dia. hehe
Look, jodoh kami kuat kan? 
Kalau Allah nak pisahkan, boleh je dia dah jadi milik orang lain.
Tapi nasib baik takk. hehe

Sebab dia satu-satunya harta yg aku ada. hmmm

Siapa dia? jeng jeng jeng ~~ ni haaaaaa.


"Kalau nak ada kawan baik masa dlam kubur, inilah dia. Dialah yg boleh jadi teman baik kitaa..penghibur jua pembantu dlm kubur kata ustaz..
Biar kita rasa x boleh duduk, x selesa, rasa mcm nak menangis bila x baca Qur'an..tu tandanya kita dah jadi kawan baik Qur'an.."

Moga jodoh ni berkekalan. Amin ^_^


*entry kali ni berbaur kegedikan. Mohon jangan muntah pada bahagian atas. :P

Footnote: Entry ini telah dikarang pada 19/8/2015 dan telah di'schedulekan'.
In case anything happen to the writer, jangan ingat roh pulak update! hehe


Thursday, 20 August 2015

OMK! #OhMyK

السلام عليكم سموا
تيستيغ توليس جاوي يغ ده بركارت. هيهي


Ada yg boleh baca tak? Hehe, cer bagitau apa yg saya tulis.
Yealah, since tulisan jawi dah semakin pupus, kita yang dibesarkan dengan tulisan ni kena laa martabatkan ia kan, tak gitu?

Tapi malam ni bukan nak cerita pasal tulisan jawi, 2 in 1 kateko, hehe.

Nak cerita pasal OMK!

Kan bagus kalau OMK! ni boleh jadi trending untuk kita orang Islam sepertimana trending nye OMG dan segala akronim yg lain.*including cursing terms*

Apebenda OMK ni?

Ala, OMK ni yang Nabi Muhammad s.a.w. galakkan kita baca malam jumaat tu laaa.

Haa, Kahfi. Oh My Kahfi.

Banyak fadhilatnya bila kita amalkan Surah Kahfi ni.

Antaranya dalam hadith Rasulullah sendiri ada menyebut tentang siapa yang amalkan Kahfi terlindung dr Dajjal laknatullah.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’radhiyallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.

Fadhilat yang lain boleh baca kat SINI!

Maka, ada yang mempertikaikan tentang amalan baca Yasin malam jumaat.

Saya pernah dengar satu ceramah ni, ustaz tu kata bacaan Yasin malam jumaat ni amalan orang Melayu, tapi kalau baginda Rasulullah apa yang diamalkan ialah surah Kahfi. *my bad, tak ingat siapa ustaz tu, sbb dah lama dengar.

Jadi, tak bagus ka kalau baca Yasin malam jumaat?

Jawapan: Bukan tak bagus, cuma yang kita dapat tu pahala baca Qur'an ja laaa, tapi kalau kita baca Kahfi, yang kita dapat pahala baca Qur'an dan pahala ikut sunnah Rasulullah.

Ada pahe?

So alang2 baca Yasin, tambah sikt, baca Kahfi sekali ye guys ^_<
Surah Kahfi ni panjang, kalau tak mampu, baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir.

Okay, type thru phone je, salah silap tegur kay.

Wallahua'lam, wassalam.

OMK! Kahfi guys Kahfi~ └(^o^)┘

*subject to copyright *


Rujukan: by Badrul Tamam,
http://m.voa-islam.com/news/ibadah/2011/02/03/13112/keutamaan-membaca-surat-alkahfi-pada-hari-jumat/;


Satu Impian Dah Tercapai!


Assalamu'alaikum, hai!

Baru-baru ni ada buat entry pasal My Wishlist.
Kemudian, sajalaa godek-godek entry lama and found that I've written something regarding my impian nak pakai kimono even tak dapat pi Jepun sekali pon.

Entry tu dilakar pada 23 November 2013, SINI..

Then, pada entry saya yg From Japan to Perth tu laaa terlaksana segalanya.

Nak pakai kimono - checked!

Itulah salah satu kepentingan mengapa kita harus menulis dan senaraikan apa yang kita mahu.
Sebabnya, kadang bila masa berlalu, kita jadi terlupa dengan kehendak kita suatu masa dahulu.

Jadi bila kita abadikan dalam blog atau diary, kita boleh refer semula pada masa akan datang.

Dan disebabkan itu jugalah munculnya buku-buku, kerana apa yang dicatat di dalam buku, kekal selamanya, juga boleh dibawak from generation to generation.

So jom kita pakat tulis apa yang kita maw okay?
Nanti pada masa depan boleh cek apa yang dah tercapai apa yg belum. hehe

So tu je lah nak cerita kalini.
Cuma nak belanja gambar sekeping dua jeee.. hehe

Ape, throwback kateko~~ hehe



                                  
Labuh itu biasa bagi orang comel macam aku, haha



 


  


psst: rasa macam perempuan melayu terakhir bila pakai kimono! haha



Wednesday, 19 August 2015

#Tips Masuk UIA


So tinggal berapa hari je lagi student baru akan register masuk ke Universiti pilihan masing-masing.

So welcome to degree life adik-adik ^_^

And I'm sure mesti ada yang akan search pasal U yang diorang akan masuk kan..hehe
Then as a senior, nak bagi tips/guidelines sikit dekat adik-adik yang sedang buat persiapan ni.

To those who don't apply to UIA/IIUM, tapi dapat further study sini, just follow the flow okay :)
Trust me at some points, you might love UIA in your own way.

Saya kat sini bukanlah nak jadi spoiler, cuma nak sebut certain points je.
Okay, let's get started.

  • To those yg direct intake(bukan dari cfs), you should GET READY for 3 tests.
    EPT(English Placement Test), APT(Arab Placement Test), and TPT(Tilawah Placement Test).
    I know u already got some clues on this, BUT PLEASE, untuk EPT tu, buat elok-elok.
    Especially to those who got offered for BENL programme.
    Kenapa penting sangat EPT ni? SEBAB nye, kalau korang tak lepas, korang akan stuck kat CELPAD belajar language sampai lepas,and of course tak boleh masuk kuliyyah, buang masa tahu!
    How about APT and TPT? Haa, kalau APT ni, dia untuk IRK and BARB students je kena capai level dia. Kalau kuliyyah lain tu level 3 dah boleh masuk kuliyyah.
  • Next, bila nak PRE-REG subject and mahallah.
    Dekat sini kena struggle sikit. Get ready untuk frust, terlepas subject, pegi sesi add-drop and everything. Especially first year la! hehe dah masuk second year ni dia tak teruk sangat dah.
  • But sebelum nak pre-reg for the next semester, make sure korang cek FINANCIAL STATEMENT dekat iium portal tuuu.
    Kalau tak settle yuran, ataupun kadang2 tak update kata dah bayar, kita tak boleh pre-reg taw!
    Habislaa korang tak dapat sama kelas dgn geng kalau tak dapat pre-reg, sebab section cepat closed! aha. *sarcastic sikit
  • Okay last but not least, dah masuk u ni tak payah la nak clingy sangat.
    Perlu belajar berdikari. Tak payah nak bergantung and ikut kawan sangat.
    Kalau kawan minum 'teh tarik uia' takkan awak nak ikut jugak?*ni budak uia je paham. haha
    Kalau kawan awak taknak join club yg awak minat, join je sesorang, nanti jumpa la kawan baru!. haha
    Maksud jangan clingy tu bukanlah bererti awak tu tak payah bersosial ye. Cari kawan yg baik-baik. 


UIA ni banyak benda baik sebenarnya, and u mana-mana pon.
Cuma kita la kena figure out more!
Ni je boleh bagitaw, yang lain-lain biar surprise kay.
Tak best ar nak taw semua benda, rasa laa sendiri baru bestttt.. hehe

Okay, pen off. See ya juniors! hehe ^_<
Wassalam.


Tuesday, 18 August 2015

My Wishlist ~


Dalam hidup kita, mesti banyak benda yang kita nak miliki dan nak buat kan?
Cuma tak dapat kita laksanakan disebabkan hal-hal tertentu.

Contohnya: nak gi vacay, tapi takde masa. Nak beli sesuatu tapi duit takde..

Tapi rasanya, kebanyakan dari kita yang rakyat biasa + village people ni mostly sebab duit tak cukup laaaa.. hehe 

Yaaa and me included! Banyak benda nak buat, banyak benda nak kecapi, banyak benda nak miliki.
Tapi banyak juga yang masih belum tercapai. hmm

Sebagai seorang student, benda paling tak cukup selain tidur dan makan ialah DUIT.
Tak nampak macam mana boleh dapat duit melainkan mak ayah kau kaya, dapat elaun bulan2.
Kita yg peminjam setia PTPTN ni memang kena pandai2 bajet lah yeaaa..
Seriously, ptptn memang cukup tanggung kau dari awal sampai lah habis sem, pstt jika kau pandai berjimat dan tak asyik nak joli jeeee...

Namun begitu, hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Memang saya kata tadi tak nampak macam mana boleh dapat duit kan?
Tapi rasanya dengan kerja part-time, menabung, bisnes kecik2, rasanya dapat kot cari sumber duit selain ptptn.

Oh enough! Ini bukan nak bercerita pasal MLM atau macam mana nak cari duit! lulzz~

So here are my wishlist!

  • Stay overseas lebih dr sebulan *tak kira la untuk kerja atau belajar atau honeymoon(eh melampau betul honeymoon sebulan lebih! haha)
    The reason is because I eagerly wish to SPEAK English fluently and confidently!
  • Miliki sebuah rumah, kemudian baru kereta. heee 
  • Visit Japan *and again, with any reasons acceptable :P
  • Vacation with my friends! To pulau-pulau, water-park. 

How about you guys?
Apa wishlist korang?
Why not korang buat satu entry tentang apa yg korang nak kecapi, in case korang takda letak wishlist korang dekat sidebar.
So that, one day kita boleh bukak balik entry ni and tengok apa yg telah kita kecapi ^_^

So guys, pray for me, and may the good things be yours too :D



Saturday, 15 August 2015

"Cermin diri tu dulu sebelum tegur orang"


Assalamu'alaikum semua.

Tajuk entry kali ni sangat selalu disebut-sebut oleh orang sekeliling kita, atau boleh jadi diri kita sendiri.

Selalunya orang akan cakap/balas macamni bila dia kena tegur tentang sesuatu, atau dalam erti kata lain, kau tak boleh terima teguran sebenarnya.

Kisah dia tadi, masa tengah scroll timeline fb nampak video orang menari dekat wedding. Lepas tu, dah jadi tabiat den baca apa orang komen.. hehe.

So banyaklaa yg menegur tentang hal tu, yealah, kan kita orang Islam, mana elok persembahkan tarian macam tu.

Tapi sekarang ni, den nampak kt komen tu ada yg cakap macam ni ......

"sajala tu dengki dgn melayu asyik nak jatuhkan melayu je"<ayat lebih kurang dan dia merujuk pd orang yg komen berbentuk teguran

"Sebelum nak tegur orang tu cermin laa diri sendiri dulu" dsb.

Masalahnya kat sini adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, orang yg menegur tu bukanlah dia tegur sebab melayu, dia tegur sbb kita MUSLIM. Matlamat tak menghalalkan cara kak oi.

Dan lagi satu, balik pada tajuk entry, kalaulah kita nak kena tunggu diri kita perfect alamatnya memang sampai bila pon kita tak boleh nak tegur sesiapa dan kita tak boleh ditegur lah.
Cuma Nabi Muhammad je lah yg boleh tegur kita (dan Allah ofkos).

Tapi tu pon kalau kita RAJIN sangat nak baca hadith2 rasulullah s.a.w. <sentap dgn diri sndiri, lulz>

Kan Allah pon dah pesan kita manusia kena saling ingat memperingati. Sebab kita ni, 'insan' berasal dr perkataan 'nisyan' yakni pelupa.

Kunci moto sendiri pon selalu lupa letak mana inikan pulak bab2 agama ceq oiii.

Fokus kat sini bukanlah hanya pada video menari tadi je, fokus pada semua.
Pada kehidupan seharian kita ni.

Memanglah kadang2 yg tegur kita tu macam hmm kureng sikit. Selagi teguran dia kita boleh terima dan baik untuk kita, ambiklaaa.

Kalau pernah dengar, ada satu quote tntg "Jangan dilihat dari siapa datangnya nasihat tu tapi lihat pada apa yg disampaikan itu"
<I'm not sure tntg the real sentences,sorry tapi maksudnya sama>

 Tapi satu lah, masalah jugak kalau hanya tahu menegur tapi tak nampak salah sendiri. haha

Kita ni manusia, tak lepas dari melakukan kesilapan, hatta diri saya sendiri.
Mungkinlah masa kita ditegur tu kita tak boleh terima dan nak protes, tapi percayalah, lepas pd tu mesti asyik fikir tntg apa yg ditegur. hehe

Cumanya satulah, nak tegur ada cara dia jugak.
Janganlah sampai memalukan orang yg ditegur tu.

Cer bayang kalau kita kena tegur dan dimalukan macam tu, nak ke?
Mesti taknak kannn.. Same goes to other person laaa..

Apa-apapun kita sama-sama manusia biasa. Sama-sama buat silap.
Jadi, jom sama-sama reflect balik okay?

Peace no war.

Footnote: Moga Allah bagi taufiq dan hidayah kepada kita dan keluarga kita. Aminn..

#Maaf deh kalau ayat kasaq atau apa, boleh komen. heee

nak credit tu Meran sikit "Tulis panjang-panjang ni siapa nak baca l****** ?"

Kami Melayu malas membaca, bila kami bodoh kami salahkan cina. Takburr takburrr ! Hidup Melayu ! 


lulzz~~
Credit to Hafiz Hamidun

Monday, 10 August 2015

Channing Tatum; The Charming


Assalamualaikum!

Hi everyone! I hope uolls are doing fine ^_^

Let's get straight to the business.

I'm sure most of us who love English movies would recognize The Charming, Channing Tatum.

Seriously he is hot! haha. Apa? Tak pecaya? okay wait, meh tengok gambar dia dulu. :P




*oh gambar yg lagi hot, korang google image je la ek. hehe


This guy, I knew him dr movie She's The Man.
One part yg boleh buat girls jatuh hati kat dia part ni .......



Seems like gentleman. hehe

Then, terjumpa satu part from movie, The Vow.
I see the main actor is him, terus cari kat ITV kateko.

Perghhh, kalau dah dalam She's The Man pon boleh jatuh hati, inikan watak dia dalam The Vow!

Gila weh sweet, romantic, gentleman and all! haha



Dia punya senyummmmm, CHARMING!
*screenshot by me, haha

Refer to my previous post, maybe kalau kita tengok kat gambar tak charming mana pon..
Tapi cer tengok dia berlakon, huh cair!

Actually banyak lagi movie dia berlakon, tapi biasalah, sis minat genre romantic je, lawan2 tak minat.. hehe.

So find it out!

How about you guys? Korang crush kat sapa? hehe cer share sikit *.*


p/s: Sis selalu layan movie kat ITV Movie tuuu, Almost semua cerita ada, and from various countries! Cekidout



Saturday, 8 August 2015

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015



Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa

Non-photogenic People


Assalamu'alaikum people!

It has been quite a long time since I updated my last entry.

I wish that uoll are doing great :D

Harini, nak cerita sikit pasal NON-PHOTOGENIC people.

As we know, photogenic is people who look attractive and appealing in a photograph(and real life).
They tend to look good in photographs basically.

Bak kata kita, mereka2 yg photogenic ni 'shine bright like a diamond' bila dalam gambar.
Ada je orang yang photogenic tapi in real life macam biasa je.
Especially sekarang kan, there are many apps yg boleh buat someone looks brighter than ever!

Okay, leave that behind.

Yang saya nak cakap sekarang ni tentang non-photogenic people.
I can't find the exact terms untuk mereka-mereka ni.

The question is, apakaah mereka ini 'unattractive' dalam gambar juga in real life?

The answer is, OF COURSE not!

Honestly, I've seen many (mostly guys) yg dalam gambar tak hensem mana tapi in real life, ohh category not-bad laaaaa... hikss

I'm not being gedikss here okay, cumanya nak curahkan pendapat je. And membela nasib mereka yang tak photogenic! haha

Besides, many male actors yg tak photogenic sangat(for me la).

Bila sy tengok dorang berlakon, wahhhh! Jatuh cinta!
Tapi bila search image, hmmm kureng sikitttt..

I know and I'm sure ramai yg mengalami situasi yg sama macam sy especially bila baru lepas nonton movie! haha

For example, Lee Min Ho *_* haha

* dia memang hensem, tetapi kalau tengok dia berlakon lagi cair :P

Next: Channing Tatum

* tengok, dalam gambar bukan senyum sangat :<


Next: Daniel Henney
* The main character of Seducing Mr. Perfect


And ramai lagi men out there yg tak photogenic, one of them is someone who used to be my priority! haha and my friends. 

Seriously guys, we can't really judge people by their photo.

Ada yang cantik dalam dan luar gambar.
Ada yang tak cantik dalam gambar tapi superb luar gambar.
Ada yang buruk dalam dan luar gambar. *eh aku la tu :P

So accept the differences,
not everyone being born pretty and smart externally,
but everyone can be fabulous internally. 

So, what's your opinion?
Agree or disagree?


Wednesday, 1 July 2015

:: My Dear Mr. Dimple ::

Assalamu'alaikum w.b.t.

Selamat menjalankan ibadah puasa yang tinggal lagi setengah bulan.

Cepatkan Ramadhan berlalu. Rasa macam belum cukup amal ibadat tapi dah tinggal setengah bulan, haishh.. Jadi mari kita manfaatkan masa yg tinggal :)

Since dah lama tak update pasal novel, harini nak buat review sikit. 
Beberapa hari sebelum bermula Ramadhan, aku buat cabaran A Book A Day. So challenge accepted! 



◀Book Review▶

"My Dear, Mr. Dimple" by Aifa Batrisya

Umar Faliq ❤ Zarin Sofea

Bagi aku, cerita ni not bad laa. Tentang lelaki yg boleh tahan agamanya, dan ada rupa ofkos, tapi kuat sangat berahsia. Everything dia nak keep to himself. Not to forget dia jugak seorang lelaki yg pendiam.

Disebabkan sikap dia yg suka berahsia, certain parts, aku macam biasa akan simpulkan 'laki semua sama'! Pheww~

Tapi deep inside, aku tahu dia buat sesuatu tu ada sebab. Haha

Zarin Sofea, nasiblah bukan pendiam jugak. Bukan lah perempuan yg asyik nak melawan even certain things ada dia buat tanpa izin suami.

Menurut penulis, watak antagonist dalam novel ni adalah sedutan dr real life. 

Kira dahsyat jugak laa kalau ada manusia macam tuu.. hmm
Disebabkan sifat dengki dan tamak menguasai diri, habis merana dan memakan diri sendiri.

Kalau anda tertanya-tanya tentang jalan cerita ni, go get one! hehe 


One thing pasal cerita ni, tak semua benda kita boleh desak orang sebab nak tahu sesuatu benda tu, Kadang lebih baik kita tunggu dan bersabar hingga tuan empunya badan reveal sendiri apa rahsia tu..

Sebenarnya banyak lagi boleh dipelajari, tapi kalau bagutaw semua tak surprise la kan, hehe.

Selamat membaca =)


p/s: aku, memang dr dulu lagi tanak suami pilot. Kiki dan aku taw, pilot pon tanak aku. Lol. Okbai.



Tuesday, 7 April 2015

Karma! - Should Muslims Believe in 'karma'?


Assalamu'alaikum w.b.t.

Waa lamanya tak update blog ~.~ Lamanya tak blogwalking. Lamanya tak menabung. Lamanya tak tambah followers. haha
Alaaa rindu rindu rindu....heee >.<

Biasa laah, hidup sekarang makin busy. Tapi bukannya takda masa nak update, cuma malas nak menaip. hew hew.

So I wish you guys are doing great!

Nampak topik? "KARMA"

I got the guts to write about this long time ago but I kept forgetting this issue.
So here I am, gonna share with you what I think about 'KARMA'.

I know, majority and almost all when someone has done something bad to us, and we will say, "takpa, hidup ni karma, one day mesti Allah balas balik"

Do you know that 'karma' is the fundamental doctrine of Buddhism?

Okay if you don't know, here I am telling you what it is.

Basically, we believe in karma. Kita percaya bahawasanya seseorang tu akan dapat balik perkara buruk yang dia buat kat kita tu atau boleh jadi, dia akan dapat balasan lagi teruk!

Once, I believe it too, but then I've read something somewhere which stated, kenapa kita, Muslim, kena percaya KARMA? Sedangkan kita ada Rukun Iman yang keenam, iaitu, BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR.

Come to think of it, ahaa! Exactly! Kenapa ye kita lebih fokus kepada karma instead of rukun iman kita sendiri? Pernah terfikir tak?

Karma ni, bila  dilihat-lihat balik, macam putaran, bila orang buat kat kita, dan kita harapkan dia dapat balasan setimpal(atau lebih dahsyat), dan bukankah itu umpama macam, kita pon pernah buat kat orang macam tu dulu? Dan orang tu harap kita dapat balasan..Dan pup, memang kita dapat balasan pon.  Haa nampak tak point dia kat sini?

Mungkin laa kita tak sedar yang kita pernah buat macam tu kat orang sebelum ni, sebab tu tak mengaku kan.. haha, normallaa, manusia kan, mana ada nak mengaku salah sendiri.

Cuma nak cakapnya kat sini, dia macam 'What you give, you get back'..

Why don't we just look at the test as this is how Allah wanna test us?
Aku percaya pada takdir-Mu Ya Allah.
Aku percaya bahawasanya inilah ketentuan-Mu dan apa yang telah Kau tetapkan.
Dia buat aku macam ni takpe sebab aku yakin dengan kekuasaan-Mu ya Allah.

Haaa kan macam lagi baik kalau kita reflect ujian tu macam kat atas? heee.
Untuk letak hukum tentang karma ni memang saya tak layak laah nak cakap kan.. sebab luar bidang saya, ilmu pun cetek sangat. hee

Jadi, marilah kita fikir semula dan utamakan/amalkan rukun iman dalam kehidupan seharian kita.
This is just my 2 cent.

If you think I am wrong, feel pleasure to comment kay?

Okay, setakat ni dulu. Selamat berfikir! ^_^
Wassalam.