Sunday, 9 November 2014

Sederhana dalam Semua Hal

Assalamu'alaikum w.b.t.

Good evening guys.

Harini nak kongsi sikit pasal sederhana. Sederhana dalam segala aspek kehidupan. Sederhana dalam berbelanja, sederhana dalam menunjukkkan kasih sayang, sederhana dalam 'kebencian' dan macam2 lagilahh.. *part sederhana dlm kebencian tu on certain things jaaa. Kalau benda tu Allah larang dalam Islam memang kena betul-betul benci lah yeaa... 

Kadang-kadang kita ni selalu lupa dan alpa bila kita bahagia. Bila perasaan tu mai, we tend to be over-happy and forget to be grateful with what we have. Kita bahagia dengan 'someone' sampai kita lupa kita jugak boleh kehilangan dia *i mean break up* . Kita bahagia sampai asyik post semua moment2 indah kita dengan dia padahal kita dengan dia bukan halal lagipun. Dalam hidup, macam-macam kemungkinan boleh berlaku, unexpectedly. 

Memang kalau cakap senanglahhhh.. Tapi pada masa yg sama, kita kan manusia, kita kan mudah lupaa. Why not saling mengingatkan kan? 

Sebab tu orang cakap, nak buat apa dalam hidup kita biar bersederhana. Berkawan, bercinta, biar berpada-pada sudahhh.. Tapi lumrah manusia, kita suka over.. Tak kata sapa ponn.. sama jaaa..
Tapi bahayanya, bila over sangat boleh makan diri.. 


sumber: fb

Saya pon manusia, saya pon buat silap. Saya pon pernah over. Cuma lepas ni, kita cuba belajar bersederhana. Bersederhana dalam mempercayai, bersederhana dalam mencintai, bersederhana dalam memberi. 

#macam biasa, pesanan khas buat diri sendiri jugak :D 

2 comments:

Izzati Amira said...

setuju!! jangan over dan melebih-lebih. biar semuanya sederhana.

terima kasih atas peringatan (:

Aqilah Azmi said...

Note to self ni jugak hiks
Hm betul. Jgn over.
Sederhana je.
Cuma dlm bab makanan lah qila still lagi cnt get over it haih. Doakan qila hihi