Friday, 16 May 2014

Salam Jumaat ~Sedekah Berpanjangan

Bismillah. Pagi yang indah, jumaat yg indah tapi tak berapa indah sbb satu assignment xsiap lg..haha adoiii.. Ok apepon nak share tentang sedekah.. Sedekah ni luas, tak semestinya hanya dengan bg duit bila org minta derma ja, tak semestinya bg duit dkt org yg kt pasar malam tu je.. Ada banyak lg cara untuk kta sedekah.. Yang penting kita ikhlas. In shaa Allah.
So nak share sikit la cara2 lain untuk sedekah. Moga ada jugak amalan kita berpanjangan yg kita tak sedar dihitung oleh malaikat sebelah kanan.(Sumber whatsapp) 

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH
 1. belilah beberapa buah kerusi/bangku, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah n madinah).
 2. Inisiatif - sedekah: letakkanlah d jendela bilikmu segelas air atau makanan untuk burung2 kecil yg datang hinggap ke sana.
 3.Inisiatif - sedekah: sisihkanlah dri hasil upah jerih payahmu, sedikit untuk d sumbangkan kpd anak yatim.
 4.Inisiatif - sedekah: belilah sekantong plastik sarung tangan n kaki, agar bisa d berikan kepada para pekerja.
 5. Inisiatif- sedekah: letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu n besedekahlah dengan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
 6. Inisiatif- sedekah: jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga n kerabat atau sahabat), belilah 1/2 buah karton air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
7. Inisiatif- sedekah: jika kamu mengisi petrol, kmudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang berbaki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
 8. Inisiatif - sedekah: berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, terkhusus kpd mereka2 yg sedang d timpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
 9. Inisiatif - sedekah: jngan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat kjhatan kpdmu dri menggibahi, mengadu domba, n mendzalimimu.
 10. Inisaitif- sedekah: kirimkan brodcast ini ke semua sahabatmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala karenanya. ..
 Selamat bersedekah... Selamat beramal! ^_^

 P/s: Jangan lupa al-kahfi taw!

No comments: