Saturday, 14 December 2013

~ Jangan Kutuk Ciptaan Allah ~


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sememangnya manusia takkan pernah lari dari kesilapan, hatta diri ini sendiri.
Namun sebagai manusia yang biasa, yang melakukan silap yang sama, tak salah kalau kita cuba untuk tegur antara satu sama lain. Sesetengah pihak ada yang mengatakan begini," diri sendiri pun tak betul, tapi ada hati nak tegur orang".... kan? mungkin kita sendiri pun pernah kata mcm tu kan? tapi tak pa, kita boleh berubah :) bila dilihat dan direnung dan diusha balik ayat tu, kalau kita mahu orang yang sempurna yang tegur kita, maka tidak ada seorang pun yang boleh tegur kita, malah kita sendiri pun hilang hak untuk tegur orang lain. mengapa? kerana, sudah terang lagi bersuluh kita dah tahu yang kita ni manusia yang tak sempurna.. Cuma Nabi Muhammad ja yang sempurna dan tak melakukan dosa..

Okay, rasanya macam lari topik je nih, huhu tu baru intro tapi panjang amat..haha okay, akan dipendekkan yang seterusnya ni..

Bicara tentang jangan kutuk ciptaan Allah, kadang, kita tak sedar, kita pun buat jugak. sy pon mungkin ada je kutuk ciptaan Allah tanpa disedari kan.. Astaghfirullah untuk itu. Tapi cuma nak dibicarakan di sini, siapalah kita untuk kata sesuatu yang tak baik tentang ciptaan Allah. Semua manusia pun tak sempurna, andai seseorang tu tak cantik, tak handsome, rendah*ok terasa  tak perlulah kita nak condemn2 orang tu, dia pun manusia jugak, ada perasaan jugak. Ini bukan sesi luahan hati cuma nak ingatkan saja..huhu. Dan begitu jugak dengan tempat. Mungkin pada kita tempat tu tak cantik, tapi bagi sesetengah pihak mungkin tempat tu biasa, tapi membawa banyak makna dan pada pandangan mata orang tu, tempat tu sangatlah indah dan cantik.. ^_^ Ciptaan Allah ni, macam-macam.. nikmat Allah dan semua lah.. 
So last dari saya, nak pesan tu je lah.. mari kita amik side positif yea.. apepon, setiap sesuatu tu mesti ada baik buruk dia. kan? 

Kat bawah ni nak tunjukkan gambar-gambar yang bagi sy cantik dan indah :)
Tasik Taman Jaya, Amcorp Mall
*tempat feberet sy untuk lepak nih,huhu
Mount Fuji *in shaa Allah satu hari nanti
Mount Mansfield, Vermont
Mardi, Cameron Highland
Tasik Kenyir, Terengganu.

# Semua gambar yang diatas kecuali luar negara, memang saya dah pergi, subhanallah, tempat-tempat tu cantik ^___^

2 comments:

Akeyla Azmi said...

betul. jgn kutuk ciptaan allah :D

Nur Khairiah Irwanie said...

betul tu..nikmat yg Allah beri sangat byk...manusia ney kdg2 xreti nk mnghargainya..
*termsuk laa sy :/