Tuesday, 27 August 2013

Benarlah teguran Allah itu dlm pelbagai rupa

Teguran Allah itu datang dlm pelbagai rupa dan bentuk, tanpa kita sedar.. Bukan sekadar teguran, pertolongan Allah juga tak dapat kita agak. Bila direnungkan semula, betapa banyak yg telah Allah sampaikan pd kita tapi dlm bentuk yg berbeza2.. apa jua yg terjadi, fikirkanlah hikmahnya :)

I
Ada beberapa perkataan yang telah membuatkan kita jadi negatif, sering bersikap marah dan tersinggung. Misalnya perkataan 'nasihat' sering ditafsirkan menjadi perkataan 'mengata'. Sehingga sesuatu yang sangat baik nasihatnya, kita menerimanya dengan menganggapnya 'mengata'. Telinga menapis segalanya, tinggal yang sedikit untuk masuk ke akal fikiran. Fikiran terus menapisnya habis-habisan sehingga tiada langsung berbaki untuk bertandang di dalam hati. Agama memberitahu, lihatlah apa yang dikata bukan siapa. 

II 
Apabila sesuatu terjadi, ia bukan direka oleh kita tetapi diatur oleh Dia. Kerana suatu ketentuan, terserlahlah segala macam yang ingin ditunjukkan. Teladan terbentang, tinggal mata kita yang kejang untuk melihatnya. Kita salah, kita akur dan buat apa yang agama tunjukkan. Kerana suatu kejadian, kita tahu bahawa disana ada yang sangat dalam bencinya dan dendamnya yang disimpan buat kita. Akurlah, balaslah dengan doa. Kebencian itu api. Doa itu air. Berdoa sahaja senjata kita yang kita hantar disaat mereka memanah dengan bujuk kebencian.

III
Kita dalam perjalanan melengkapkan diri dengan agama. Yang mana kurang, kita perlu cuba untuk kurangkan lagi. Ambillah syariat secara menyeluruh, saran agama. Kita takkan dapat tenang selagi Tuhan jauh dari kita. Perjalanan kita ke arah mendekatkan diri denganNya dan meletakkan Allah di hati kita. Bila Allah di hati, kita tahu dan kenal diri. Bersyukurlah kita ada hati, kerana di singgahsana hatilah kasih sayang tinggal. Tapi jaga-jaga, di hati juga tempat syaitan kuat berusaha menawannya.

IV
Bila kita jauh dengan surau, masjid, jemaah, ertinya kita jauh dengan Allah. Begitu nasihat agama. Ada orang yang hanya memerlukan lapan langkah sahaja untuk ke surau, lima minit sahaja untuk ke masjid, tapi ternyata ianya terlalu berat dlaksanakan. Pangkal hidup ialah agama. Pangkal agama ialah iman. Iman letaknya di hati.

V
Bila sudah benci, apa yang benar kita perkatakan ditafsirkan sebagai suatu yang bersandarkan juga kepada kebencian. Yang benar dikatanya 'menunjuk'. Yang salah dikatanya 'baru terserlah perangai sebenar'.

VI
Apa lagi yang kita ada melainkan terus berdoa?


via fb : Hafizul Faiz 


#pesanan untuk diri sendiri jugak#


8 comments:

mujahidah maisarah said...

insaf.huu

MaWaR RinDu said...

alhamdulillah,,huhu ;)

S.K.A said...

muhasabah dri..smua menarik perhatian sy..nk2 yg no4..skrg lgsung xdpat pergi sbb msalah kesihat..sdih jgan ckap la :( btol2 terasa..

MaWaR RinDu said...

maaf klaw buat terasa..ni untuk org yg sihat2 je,,huhu napa,,sakit ke??

S.K.A said...

hak r..xberapa nk sihat =) ujian dariNya..xpe..terasa ni bgus..skrg2 boleh muhasabah diri

MaWaR RinDu said...

huhu bagus,,fais positif orgnya,,huhu thenx ;D

deno said...

muhasabah diri...

MaWaR RinDu said...

alhamdulillah,,huhu :D