Wednesday, 28 August 2013

#Wordless Wednesday ~ Sedutan memori beberapa hari yg lalu ~



Beberapa hari yg lalu, diri ini kusut dgn masalah. Perasaan lama yg menjengah kembali ingatan, buatkan aku rasa serabut. Aku keliru, tak da arah tuju, lalu ku ceritakan kepada seorang kawan. Pesanannya sama seperti di atas, "istikharahlah, kalau ada jodoh tak kemana, dan kalau bukan jodoh, dgn sekelip mata Allah mampu ubah perasaan kau". Terkedu dan terkelu, walau sudah tahu tntg hakikat itu, masih terasa sesuatu. Kebetulan ketika meluangkan masa d fb sedikit lama hari ini, ternampak gambar di atas ^_~ dikongsikan bersama anda semua, kerana siapa tahu mungkin ada yg merasa hal yg sama :)

Sekian, wassalam :)

Tuesday, 27 August 2013

Benarlah teguran Allah itu dlm pelbagai rupa

Teguran Allah itu datang dlm pelbagai rupa dan bentuk, tanpa kita sedar.. Bukan sekadar teguran, pertolongan Allah juga tak dapat kita agak. Bila direnungkan semula, betapa banyak yg telah Allah sampaikan pd kita tapi dlm bentuk yg berbeza2.. apa jua yg terjadi, fikirkanlah hikmahnya :)

I
Ada beberapa perkataan yang telah membuatkan kita jadi negatif, sering bersikap marah dan tersinggung. Misalnya perkataan 'nasihat' sering ditafsirkan menjadi perkataan 'mengata'. Sehingga sesuatu yang sangat baik nasihatnya, kita menerimanya dengan menganggapnya 'mengata'. Telinga menapis segalanya, tinggal yang sedikit untuk masuk ke akal fikiran. Fikiran terus menapisnya habis-habisan sehingga tiada langsung berbaki untuk bertandang di dalam hati. Agama memberitahu, lihatlah apa yang dikata bukan siapa. 

II 
Apabila sesuatu terjadi, ia bukan direka oleh kita tetapi diatur oleh Dia. Kerana suatu ketentuan, terserlahlah segala macam yang ingin ditunjukkan. Teladan terbentang, tinggal mata kita yang kejang untuk melihatnya. Kita salah, kita akur dan buat apa yang agama tunjukkan. Kerana suatu kejadian, kita tahu bahawa disana ada yang sangat dalam bencinya dan dendamnya yang disimpan buat kita. Akurlah, balaslah dengan doa. Kebencian itu api. Doa itu air. Berdoa sahaja senjata kita yang kita hantar disaat mereka memanah dengan bujuk kebencian.

III
Kita dalam perjalanan melengkapkan diri dengan agama. Yang mana kurang, kita perlu cuba untuk kurangkan lagi. Ambillah syariat secara menyeluruh, saran agama. Kita takkan dapat tenang selagi Tuhan jauh dari kita. Perjalanan kita ke arah mendekatkan diri denganNya dan meletakkan Allah di hati kita. Bila Allah di hati, kita tahu dan kenal diri. Bersyukurlah kita ada hati, kerana di singgahsana hatilah kasih sayang tinggal. Tapi jaga-jaga, di hati juga tempat syaitan kuat berusaha menawannya.

IV
Bila kita jauh dengan surau, masjid, jemaah, ertinya kita jauh dengan Allah. Begitu nasihat agama. Ada orang yang hanya memerlukan lapan langkah sahaja untuk ke surau, lima minit sahaja untuk ke masjid, tapi ternyata ianya terlalu berat dlaksanakan. Pangkal hidup ialah agama. Pangkal agama ialah iman. Iman letaknya di hati.

V
Bila sudah benci, apa yang benar kita perkatakan ditafsirkan sebagai suatu yang bersandarkan juga kepada kebencian. Yang benar dikatanya 'menunjuk'. Yang salah dikatanya 'baru terserlah perangai sebenar'.

VI
Apa lagi yang kita ada melainkan terus berdoa?


via fb : Hafizul Faiz 


#pesanan untuk diri sendiri jugak#


Sunday, 25 August 2013

Mudahnya jumpa pengganti ~ Cintakah itu?

Assalamualaikum semua..
Hari ni saja nak bincang sikit, sy tak faham macam mana seseorang tu boleh bertukar2 pasangan dlm sekelip mata.. cintakah itu? atau hanya sekadar couple? 
dan takkanlah dia cinta semua orang yg dia couple kot? 
Sy pernah dengar kata2 ni and setuju sesangat, 
"Cinta tak semestinya couple dan bercouple tak semestinya cinta". huhu 
ada paham?? try baca betul2 dan fahamilah.. 
sy x samakan sy dgn org lain, cuma nak fahami keadaan ni.. itu aja,, 
harap xda yg salah faham. xda kaitan dgn yg hidup mahupun yg telah pergi, cuma persoalan yg datang di minda saja..

#apepon moga anda bahagia dgn siapapun anda bersama :)


# Waiting for my True Love # ^__~


Saturday, 24 August 2013

:: Andaiku Pergi ::

Andaiku Pergi - MIRWANA

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

p/s: pernah tuju lagu ni kat seseorang (:

Thursday, 22 August 2013

Am Already 19th Yesterday :D

Allah selamatkan kamu ~
Allah selamatkan kamu ~
Allah selamatkan Aza Atikah ~
Allah selamatkan kamu ~

huhu Assalamualaikum, hye alls !!
dah tua eden ni, semalam my birthday, maka dgn ini, harini dah jadi budak 19 tahun,haha
Apapun, moga apa yg didoakan untukku yg baik2 itu dimakbulkan Allah :D
Trima kasih buat sesapa yg wish, ad yg call, nyanyi depan2, wish face to face, mcj, post d fb n wish tp sbgai anonymous pon ada -__- huhu macam2 burfday tahun ni..

Today, i have a presentation and an exam. Pray for me !! ^_~

# dont forget, Pray For Egypt #


Tuesday, 20 August 2013

Celebrating My Birthday :D

17/08/2013 - 2 orang budak comel telah menyambut birthday lg sorang budak comei,huhu yakni birthday sy*saja perasan k*. sambut 4 hari awal sbb katanya nty bz dgn exam and so on, pd masa yg sama, ceq pon bz dgn presentation and exam. Mula2 hanya selesaikan keja kt mid aja, lpas solat maghrib barulah dyorang kasi surprise kt kfc mid valley. apa yg lagi sweet, dyorang plan pakai baju purple sbb meraikan burfday sy *I'm Ms. Sweetpurple k ;)* huhu hari yang agak indah :D

Ni part awal masa kat mid , huhu jalan2 duluuu ;)
Kak cik :D

Tuan yg diraikan ,,huhu

Last skali, beregu kak cik, izah (:


Ni plak, masa sambut burfday ku itu :)

Tanks a lot frenz :) thenx sbb ingat burfday aku ni n celebrate plak tu, my pleasure :D

#may our friendship lasting forever, aminn ^_^


Saturday, 17 August 2013

Timbang berat blog anda

Assalamu'alaikum.. hoho
Di malam yg sunyi sepi ni, saja nak kongsi macam mana nk timbang blog kita.
Mungkin dah ramai yg tahu tp nak kongsi jugak !! huhu
Kenapa nak kena tahu berapa berat blog n so on n so forth?
Sebabnya, bila blog kita ni berat, maksudnya lambat nak loading, bila ringan, semamg loading, so orang pon takde la nak kena tunggu lama2 sbb nk tgok blog kita kan.. Klaw bolh make sure kurang dr 100kb..

btw, sy share ni pon sebab sy pon xtahu rupanya blog sy berat, ingat tak penting pon suma tu, tp bila ad yg bgtaw blog sy berat, haa takkan nak wat tak taw ja kan, so thenx pd org yg bgtaw tu :)

ok,
contoh camni ==>
klik Timbang untuk timbang..haha

p/s: ringankan blog anda dengan mendelete widget2 yg tak berapa penting di blog anda.


#Wordless Friday

Lalalalala ~~ merasai hari ini sangat membosankan..

For the first time, I titled this post as WORDLESS !! haha
seem like poyo kan coz really boring right now.
Have something to do but I don't have any mood.huh, penting ke mood tu?
Penting owww !! Law xda mood, mcm mana nak buat dgn penuh perasaan?
Hmmm actually I don't know what else nak membebel kat sini, so sebagai syarat wordless, letak gmbar kan? so layaannnn ~~~ ;)




sapa tahu gambar ni diambil dr mana ;)




Lastly, .... ;)

# ada tak merasai hal yang sama? mana2 je dr gmbar kt atas maybe :D kongsi k


Monday, 12 August 2013

Bicara Tentang Jodoh

Assalamualaikum,hye2 !! readers n bloggers !!
Rasa macam dah lama ja tak cekidout blog nih, busyyy amaatttt..
Dari sebelum balik cuti raya sampai la harini, and esok exam lg.
Kenapa busy sngat tu? Sebabnya sebelum balik, exam dan kena submit asymen, dah balik, ditugaskan ntuk tolong mak ayah kt ekspo. fuhh bz gila sih,, sampai u, pg td, n esok exam lg, study satu apa pon x n skarg masih sempat berblog,,hehe rinduuu kott kt blog ni, dah lama tak blogwalking n so on..

Btw, semalam jugak cousin I melangsungkan majlis kahwinnya, jadi raya kedua dah pergi rumah dy sampai lah semalam. Letihkan,?huhu taw xpa..


Cakap sal kenduri kawin ni, macam2 cara jodoh datang kan? kadang2 bercinta dgn org lain, tapi berkahwin dgn org lain.tu la jodoh kan.. and boleh dikatakan agak ramai sepupu2 sy yg berkahwin atas pilihan keluarga walhal sebelum tu bercinta dgn org lain. sy tengok, bila family yg aturkan ni,mcm senang je jodoh dyorg. tak payah nak pk ap sgt, bak kata org bercinta lepas nikah gitu,hehe . sweet memang sweet. tapi tak semua lelaki tu baik dan setia. tengok perkahwinan orang ni macam2 ada, ada yg bahagia, ada yg tak. dan kita plak tak tawulah macam mana kan. siapa jodoh kita, boleh ke dy terima kita seadanya? boleh ke dy setia? boleh ke dy sayang kita sorang je? perghhh banyak gila persoalan,,hehe paling penting, boleh ke dy pimpin kita ke syurga????

Kalau nak bicara sal jodoh ni, macam2 ada, sampai esok pon belum tentu habis, hehe so, as a student, tinggalkn dulu bab cintan-cintun nih, bab kahwin2 ni. bukan tak nak atau menolak, tapi rasa mcm belum layak dan sesuai lg. kadang kita selalu cakap, bestnya kahwin muda, bestnya berkahwin dgn org kaya, bestnya tu, bestnya ni ~~ tapi cer fikir balik, kita nak kahwin ni ntuk seumur hidup kot. nak sehidup semati dgn dy, bukan untuk setahun 2 je. banyak tanggungjawab yg kita kena pikul,klaw rasa tak mampu lg, takpelah,,kita belajar dulu, timba dulu pengalaman hidup, kalau betul dah tiba masa dy, in shaa Allah, akan dipermudahkan. Dont worry be happy :)

#tapi kalau dah ditakdirkan Allah sy berkahwin awal in shaa Allah tak tolak jugak,hee janji hati sy boleh terima laki tu ;)



Haa ni dia sepupu yg kahwin semalam :)
dgn sepupu2 dan kakak2 ;)
                         


hee ni gambar raya adik, kakak n abang.

oww basikal tua ~~~ :D

Bersama kakak n kaka ipar

Pengantin perempuan (:

ni gambar masa dekat ekspo, sambil menjual sambil study *konon* haha

Gambar2 yg tak berapa nak teratur sgt k,hee


:: kongsikan pendapat anda sekali k :D ::