Sunday, 5 June 2016

Hidup tanpa Smartphone. Bagaimana rasanya?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Haa kan dah cakap, musim exam memang mood update blog. haha

So malam ni dah start terawih. Itu tandanya apa?

Tandanya esok puasa lah apa lagiii. haha *okay lame joke

Selamat berpuasa uolls. May this Ramadhan be the best Ramadhan we ever have.

Taksabarnyaaa rasaaa, Moga kita boleh ambik kesempatan untuk berubah jadi lebih baik.

Okay, cukup untuk itu.

Nak cerita yang bahawasanya it has been a month and 4/5 days since my smartphone was not functioning.

Hah, fon jadi putih blank macam tu je

Masa rosak tu dekat kampung busy kenduri kakak so tak sempat nak baiki.
Ada contact sorang bro kt uia ni tapi terlupa nak follow up sampai dah masuk musim exam so dia stop kejap job tu, and aku pon teruskanlah kehidupan macam biasa, tanpa smartphone.

Alhamdulillah masih hidup walau tanpa smartphone! haha

Tapi the struggle is real weh!

Disebabkan waktu rosak tu peak week of submitting assignments, segala apa yang group members bincang dalam group memang kita terlepas ah.

Apatah lagi even bila kita dah pesan bagitahu fon kita rosak pon, dorang terlupa. haha

So nasib baik aku install Bluestacks dekat lappy which buatkan laptop makin heavy and chrome asyik hang. huhu. Dan atas sebab itu, aku pon jarang jugak on kat laptop, kadang2 je.

Pada aku, living without a smartphone is not that big deal.

Tapi kau kena tahu bahawasanya zaman sekarang zaman orang dah tak kenal SMS -undi anda dan hantarkan ke 25333..lol- *sarcastic disitu.

Semuanya dibincang dalam group which is indeed sangat memudahkan. Malahan lecturer pon ada dalam Whatsapp group jugak.

So here where the problems pop up. Kita akan mudah terlepas info penting dan dalam kes aku, terlepas pre-reg mahallah secara manual. lulzz.

Tak termasuk lagi kau nak kena cek portal selalu, I'Taleem, email lagi dan etc.

That's why aku cakap the struggle is real!

Aku memang decide taknak baiki bukan sebab apa. Sebab aku pikir mesti ada hikmahnya Allah bg fon aku rosak. Lagipun dah nak masuk exam week which fon adalah gangguan besar untuk study. Betul x? haha

Tengoklah, takda fon pon melagha kemain, apatah lagi bila nampak orang post compilation menda lawak kt fb, dah sejam kat situ. hahaha

So ingat dah sampai Kedah nanti nak terus gi repair fon lah. Kang ada update apa2 tak on wasep susah beb. Nak on kat laptop memang tak lah. Melainkan ada wifi.


Korang pulak cemana? Pernah tak pakai smartphone dalam tempoh masa lama? hehe kalau ada cer kongsi.


Wednesday, 1 June 2016

PAY NOW, or PAY LATER?



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t.

Lama tak update blog. Last update februari, Tu pon share story yg worth reading.
Dan setiap kali rasa nak update blog, setiap kali tu musim exam, sis pon tak paham kenapa.
haha.

Yea, UIA start sem awal so lagi 5 hari last paper. Namun begitu, ramai yg dah balik kampung pon, tinggallah insan terpilih yg paper lastnye adalah last day exam, termasuk sis. :/

Now, now,

Nak cerita pasal pay now or pay later?

Mesti ramai yg ingat pasal hutang duit kan?
Tapi sis taknak kongsi pasal hutang duit, sis nak cerita pasal hutang budi.

WOW, hutang budiiiiiii.

Tak sure kalau kita boleh panggil hutang budi pon. macam tak sesuai.

'Pay' nye dekat sini me'refer' kepada balas jasa mak ayah.

Segala jasa yang mak ayah buat untuk anaknya.
Yea itu memang amanah dr Allah, jadi kenalah mak ayah laksanakan, tapi come on laa, sebagai anak takkan kita tak pernah nak balas jasa mereka kan?

Kenapa 'now' or 'later'?

Pernah dengar ayat ni,

"Hmm bila dah kerja nanti aku nak balas balik semua jasa mak ayah aku"

Sounds familiar?

OF COURSE!

Tapi, pernah tak terfikir, kalau kita tak sempat buat semua tu?

I mean, sama ada malaikat maut jemput kita dulu or mereka pergi dulu?

U know, this life is uncertain.

Memang! Memang kita kena balas jasa mereka bila kita dah kerja nanti.

But for me, kita kena start dari sekarang laaaa.

Sebab taknak kita menyesal.

Mungkin kita taktahu nak balas apa, kita takda duit nak belanja mereka makan mewah kat hotel. Bagi hadiah hebat-hebat.
I personally think, dengan berbuat baik, tolong mereka, ringankan beban mereka, hulur duit sikit even tak seberapa, dan apa lagi yang kita mampu, dah cukup untuk balas jasa mereka sikit-sikit.

Don't get me wrong.

Bukanlah sis menyatakan niat untuk balas nanti tu salah, but who knows our life ends tonight?
Dan semua benda yang kita nak balas nanti tu meaningless weh MEANINGLESS.

Lagi sedih kalau hmmm mereka yang Allah tarik dulu, menyesal tak sudah tak sempat mintak maaf, tak sempat berbakti, tak sempat peluk, tak sempat tenung puas-puas. hmmm 

Menyesal kan?

Alhamdulillah masih ada mak ayah.
Yang tak ada, hanya boleh jadi anak soleh doakan mak ayah so dapat lah mereka pahala dr anak-anak.


Mak selalu sungguh-sungguh doakan anak-anaknya, tapi anak-anak tak pernah betul-betul doakan mereka.

Sis admit, setiap kali nak berpisah naik bas, mesti speechless bila salam dengan mak.
You know, bila cuti panjang je kita ni balik rumah, so disebabkan jarang-jarang balik rumah mak selalu lah buat itu ini walaupun dia penat.

I always want to say more to her, nak cakap "ceq sayang mak, jaga diri, sihat selalu, moga terus kuat, maafkan salah silap ceq" and many more...

Even sepatah terima kasih pon tak boleh nak cakap, if not, I'll burst into tears.
Sis hanya mampu doa dalam hati.

Okay, cerita dekat sini pon nak nangis jugak. haha fragile betul.

Apapun, this kind of thing is something to ponder.

Moga sis kuat nak cakap semua tu.

Moga kita semua sempat balas jasa mereka and start from now on lah.
Before it too late.

Moga Allah lindungi kita dan insan-insan yang kita sayang.

Moga dalam rahmat Allah.

Allahumma amin.

Wassalam. ^_^